Friday, 21 October 2016

Jom menyumbang kepada SRAH Manjung

Assalamualaikum wbt🌷

MOHON SUMBANGAN UNTUK  PENGOPERASIAN SEKOLAH RENDAH AL-HIDAYAH MANJUNG DI SERI MANJUNG, PERAK.

Ikhwah, Akhawat, Sahabat IKRAM,Tuan,Puan,

💠Mendepani perkembangan dunia pendidikan dan arus dunia, terdapat keperluan untuk menawarkan sistem persekolahan integrasi akademik dan diniyah.
💠Bagi memenuhi keperluan tersebut, pada tahun 2017, Sekolah Rendah Al-Hidayah Manjung (SRAH Manjung), Seri Manjung akan mula beroperasi dengan pengambilan murid Thn 1, in sha Allah
💠Sekolah ini menggunapakai sukatan kurikulum nasional serta model IKRAM-MUSLEH, seperti yang berlaku di SRI Al-Amin, SRI Aman, SRI Al-Islah, dan semua lebih 40 cawangan sekolah-sekolah IKRAM-MUSLEH di seluruh negara. Ia akan diurus sepenuhnya oleh IKRAM Kawasan Manjung, insyaAllah.
💠 IKRAM Manjung dan SR Al-Hidayah Manjung mengalu-alukan tuan-puan untuk bersama-sama kami dalam usaha ini dengan menghulurkan sumbangan kewangan mengikut kemampuan.
💠Sumbangan tuan-puan boleh disalurkan ke:
MAYBANK ISLAMIK
5582 9361 9993
[Tabung Pendidikan Sekolah Rendah Al-Hidayah Manjung]
(Mohon hantarkan penyata bank-in/transfer melalui Whatsapp atau Telegram ke 013-473 4983 (Bendahari, Tabung SRAH Manjung) untuk direkodkan.
💠 Tuan-puan juga blh menyumbang kepada SRAH Manjung melalui bayaran zakat. Zakat ini boleh dibayar secara "one-off" atau menggunakan potongan cukai berjadual (PCB) dlm jangkamasa panjang. Resit rasmi Majlis Agama Negeri akan dikeluarkan untuk tujuan pelepasan cukai pendapatan. Penerangan lanjut tentang cara dan proses sumbangan melalui ini boleh diberikan jika perlu. Sila berikan nombor HP supaya sesi penerangan boleh diaturkan.
📌Untuk segala pertanyaan, sila hubungi:
013-8045608
Encik Zuhairi Abdul Karim
AJK Pendidikan IKRAM Kawasan Manjung.
💠Semoga Allah berkati setiap sumbangan kita terhadap pengembangan Islam, khususnya dengan usaha penawaran pendidikan berintegrasi di SRAH Manjung ini nanti.
Jazakumullahu khairan kathir.



Islam sangat menganjurkan untuk infaqkan harta dan sedekah. Sangat banyak kelebihan dan keutamaan bersedekah. Antaranya membuka pintu rezeki, menolak bencana, menyembuhkan penyakit, keluar dari kesulitan dan sebagainya.
Oleh itu, jom menyumbang untuk pengoperasian Sekolah Rendah Al-Hidayah Manjung yang bakal beroperasi tahun 2017.

NOTA: Pendaftaran juga masih dibuka kepada pelajar tahun satu 2017.

 ðŸŒ·ðŸŒ·ðŸŒ·

1 comment:

  1. Tritanium Blades: the best titanium forging tool
    These titanium automatic watch Blades let you stiletto titanium hammer make your own blades at ecm titanium the cutting point, making you sharpen titanium apple watch lighter, safer and cheaper.Titanium titan metal Blade Type: BladeShape: BladeHeight: 3.5”

    ReplyDelete