Friday, 21 October 2016

Jom menyumbang kepada SRAH Manjung

Assalamualaikum wbt🌷

MOHON SUMBANGAN UNTUK  PENGOPERASIAN SEKOLAH RENDAH AL-HIDAYAH MANJUNG DI SERI MANJUNG, PERAK.

Ikhwah, Akhawat, Sahabat IKRAM,Tuan,Puan,

💠Mendepani perkembangan dunia pendidikan dan arus dunia, terdapat keperluan untuk menawarkan sistem persekolahan integrasi akademik dan diniyah.
💠Bagi memenuhi keperluan tersebut, pada tahun 2017, Sekolah Rendah Al-Hidayah Manjung (SRAH Manjung), Seri Manjung akan mula beroperasi dengan pengambilan murid Thn 1, in sha Allah
💠Sekolah ini menggunapakai sukatan kurikulum nasional serta model IKRAM-MUSLEH, seperti yang berlaku di SRI Al-Amin, SRI Aman, SRI Al-Islah, dan semua lebih 40 cawangan sekolah-sekolah IKRAM-MUSLEH di seluruh negara. Ia akan diurus sepenuhnya oleh IKRAM Kawasan Manjung, insyaAllah.
💠 IKRAM Manjung dan SR Al-Hidayah Manjung mengalu-alukan tuan-puan untuk bersama-sama kami dalam usaha ini dengan menghulurkan sumbangan kewangan mengikut kemampuan.
💠Sumbangan tuan-puan boleh disalurkan ke:
MAYBANK ISLAMIK
5582 9361 9993
[Tabung Pendidikan Sekolah Rendah Al-Hidayah Manjung]
(Mohon hantarkan penyata bank-in/transfer melalui Whatsapp atau Telegram ke 013-473 4983 (Bendahari, Tabung SRAH Manjung) untuk direkodkan.
💠 Tuan-puan juga blh menyumbang kepada SRAH Manjung melalui bayaran zakat. Zakat ini boleh dibayar secara "one-off" atau menggunakan potongan cukai berjadual (PCB) dlm jangkamasa panjang. Resit rasmi Majlis Agama Negeri akan dikeluarkan untuk tujuan pelepasan cukai pendapatan. Penerangan lanjut tentang cara dan proses sumbangan melalui ini boleh diberikan jika perlu. Sila berikan nombor HP supaya sesi penerangan boleh diaturkan.
📌Untuk segala pertanyaan, sila hubungi:
013-8045608
Encik Zuhairi Abdul Karim
AJK Pendidikan IKRAM Kawasan Manjung.
💠Semoga Allah berkati setiap sumbangan kita terhadap pengembangan Islam, khususnya dengan usaha penawaran pendidikan berintegrasi di SRAH Manjung ini nanti.
Jazakumullahu khairan kathir.



Islam sangat menganjurkan untuk infaqkan harta dan sedekah. Sangat banyak kelebihan dan keutamaan bersedekah. Antaranya membuka pintu rezeki, menolak bencana, menyembuhkan penyakit, keluar dari kesulitan dan sebagainya.
Oleh itu, jom menyumbang untuk pengoperasian Sekolah Rendah Al-Hidayah Manjung yang bakal beroperasi tahun 2017.

NOTA: Pendaftaran juga masih dibuka kepada pelajar tahun satu 2017.

 ðŸŒ·ðŸŒ·ðŸŒ·

Lawatan Kerja ke Sekolah Rendah Al-Hidayah Seri Iskandar

14 Oktober 2016 - Alhamdulillah, telah berlangsung lawatan kerja bagi bakal guru-guru Sekolah Rendah Al Hidayah Manjung ke Sekolah Rendah Al Hidayah Seri Iskandar.Moga dipermudahkan urusan dalam penubuhan sekolah baru di daerah Manjung yang bermatlamatkan Soleh wa Musleh,Generasi Rabbani.







Pendaftaran tahun 1 pada 2017 masih dibuka. Tempat terhad. Segeralah berdaftar!

PENDAFTARAN PELAJAR TAHUN SATU, 2017 MASIH DIBUKA!



PENGENALAN SEKOLAH


SEKOLAH RENDAH AL-HIDAYAH MANJUNG, SERI MANJUNG, PERAK adalah sebuah Sekolah Rendah Islam persendirian yang menggabungkan bidang Pengajian Islam dan Akademik.

Sekolah ini bakal mengaplikasikan Kurikulum Bersepadu I-MUSLEH seperti yg sudah sedia dioperasikan oleh sekolah-sekolah sepertinya - SRI Hidayah Ipoh, Sek Rendah Agama Seri Iskandar, Sri Hidayah Johor Bahru, SRI Al-Amin Gombak, SRI Al-Amin Bangi, SR Aman Kota Bharu, SR Al-Amin Miri, SR Al-Islah Sg Petani, SR Al-Amin K Terengganu, SR Al-Amin Kemaman, SR Al-Amin Nilai, SR-i Musleh Melaka, SR Al-Hidayah Ipoh, dll - yg memberi kebaikan dalam pembentukan Negara Rahmah.




Antara kecemerlangan pelajar yang dicapai oleh rangkaian Sekolah Hidayah ialah Sekolah Rendah Al Hidayah (SRAH) Ipoh dan Sekolah Menengah Al Hidayah (SMAH) Ipoh masing-masing telah menerima Anugerah UPSR, PMR dan SPM Terbaik 2013 dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sekolah-sekolah Agama Peringkat Negeri Perak yang telah disampaikan oleh DYMM Sultan Perak, Sultan Nazrin Mu'izuddin Shah.


SOLEH WA MUSLEH, GENERASI RABBANI.

JOM MENDAFTAR SEKARANG!